Baru-baru ni N ada cerita persiapan bungkus hadiah untuk birthday staff kat tempat kerja kan. Sebenarnya N ada buat sekali tagging untuk letak atas envelope voucher untuk staff yang baru dapat cahaya mata dan juga yang baru kahwin.
Mula-mula nak print out nama dan tepek je. Tapi tengok macam tak gempak. Jadi nak nampak lagi gempak kononnya, N pun buat tagging sama macam tag nak letak kat kotak hadiah birthday. Gedebuk you all.. hehe barulah gempak kan. Riben je takleh nak melirik macam ikat kotak hadiah sebab tak sesuai..
Untuk bezakan voucher ni N sempat google gambar love dan juga baby. Comel tengok baby tu nyot nyot puting. Tapi gambar print out ni hitam putih je sebab tak semua staff boleh print out color. huhu.. Kalau nak color boleh minta tolong orang tertentu tapi malas sebab masa tak cukup.
Untuk newly wedd N letak gambar sepasang love. So sweet
Ehh entry ni rasa macam dah lari tajuk pula.. hehe.. minta maaf la yer, baru perasan.
Well, kat company you all apa kemudahan atau peruntukan yang you all dapat. Kat company N ni takder la banyak mana. Hurmm bolehlah asal ada. Selain dari kemudahan Klinik panel, dulu masa kahwin N dapat peruntukan hadiah washing machine. Tapi yang sekarang punya lagi best sebab dapat voucher ko. Boleh beli apa yang kita nak.
Pastu bila N bersalin dulu company bagi duit untuk beli barang Baby. Alhamdullillah.. rezeki yang Allah turunkan untuk anak. Rasa di hargai tau.. Seronok pun ada. Lain-lain ada la company belanja buka puasa dan buat jamuan untuk birthday dan perpisahan. Boleh laa..
ape hadiahnye..hehe
ReplyDelete