About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, May 20, 2014

100 PLUS Isotonic drink memang layan

Tadi tengah hari N pergi Hero Market dan Giant jalan-jalan survey harga. Last-last masuk balik Hero Market untuk beli 100 plus. Apa yang N perasan harga kat Giant lebih tinggi dari kat Hero.

N siap beli 100 plus botol besar lagi dengan harapan boleh minum sampai esok :D. Jadi esok tak payah nak susah-susah pergi beli lagi. Lagipun beli yang besar boleh jimat banyak. Sambil minum-minum 100 plus N sempat lelapkan mata kejap kat surau. 

Konon nak hilangkan rasa kepala yang berat angkara selsema. Tapi jadi bengong pula sebab N ni jarang tidur siang. Pastu dapat panggilan kena jaga perpustakaan. N pun apa lagi, bangun Zohor dan siap-siap.

Duduk kat perpustakaan sambil teguk 100 plus. Memang layan lah. Bertenaga sikit berbanding pagi tadi yang macam nak lelong je gamaknya kepala ni. Tengah-tengah selsema + berat kepala memang syok layan 100 plus. Walhal N ni punya la tak suka air bergas.

Tadi masa beli N siap cek lagi kandungan bahan-bahan. Memang betul la dalam blog yang N baca siang tadi ada bagitau yang 100 plus ni bukan lagi air isotonik bila beberapa bahan takder dalam air tu.

Ada tiga bahan iaitu Sodium Chloride, Pottasium Phosphate dan juga Calcium Phosphate. Yang N beli 100 plus original maksudnya yang takder perisa. Sempat juga N bandingkan dengan 100 plus jenis-jenis lain. Terutamanya yang berperisa lemon tu kalau tak silap, memang takder tiga bahan tu.

Nak tahu penerangan pasal bahan-bahan ni boleh cari link yang N letak dalam entry Minuman Isotonik dan demam. N ni pun baca-baca je dari blog lain. Taklah pakar pasal bahan-bahan :D

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D