Baby asy ni kalau first time jumpa lagaknya malu malu meow. Tapi dalam malu malu meow ligat juga dia duk teroka terutamanya dunia baru.
Last month kami ke Empire Subang nak ambil adik ipar. Dia kerja kat Restoran Korea. Restoran dia serius cantik, kemas dan bersih. Suasana kat dalam restoran tu pun best. Memang seronok kalau nak jamu selera.
Sementara tunggu adik ipar , N dan mertua lepak duduk duduk. Tetiba sampai pula tea herbal dan juga jus tembikai. Xorder pun. Free free je dapat minum sebab fnb manager memang baik ngan adik ipar. Layan habis la...syok
Baby asy macam biasa. Buat gaya macam kat tempat sendiri. Pastu bukan main peramah bersembang dengan fnb manager.
Tengah tengah minum sempat lagi tengok menu...Harga...Wahhhh!!! Tak mampu N nak makan kat situ. Mahal you all.. Tapi seebnarnya price untuk ethnic restaurant memang mahal dari restaurant yang biasa sebab selain dari nak jaga kualiti makanan bahan bahan yang digunakan pun kadang kadang datang dari korea sendiri. Takleh jumpa kat Malaysia.
Macam baru baru ni adik ipar ada bawa balik lempeng takpun kalau kat Malaysia ni serupa macam kuih cucur udang. Yang bezanya cucur udang tu kembung kembung gebu tapi yang lempeng korea ni bentuk lempeng kerempeng la.
Dan yang sedapnya dari segi kelembutan sebab tepung yang digunakan memang dari Korea. Harganya menurut adik ipar rm20 tak silap... Patutlah sedap.. yummy
Satu hari nanti kalau ada kesempatan memang N nak merasa makan kat sana..
Budak sdg membesar memang suka exploring, kan? Even yg dah besar pun gitu jg... :D
ReplyDelete