About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, April 3, 2014

Apa jadi bila anak dimewahkan??

Apa-apa saja perkara yang berlaku di keliling, N sangat takut kalau ianya terjadi pada diri sendiri. Dan yang paling takut sekiranya N yang melakukannya.. warghhhh

Dalam bulan Mac yang lepas N pergi dua majlis hari lahir anak buah. Anak kakak N dan anak adik ipar. Dua-dua anak buah N bagi hadiah dan budget yang lebih kurang sama.

Kat bawah ni hadiah untuk anak buah Aqil, anak kakak N.


Apa yang N perasan bila sesi buka hadiah, anak kakak tak berapa berminat dengan hadiah yang N bagi dan juga Papa. Papa bagi pensel warna yang diletakkan di dalam bekas tertutup. Ianya agak menarik untuk kanak-kanak sebayanya tapi dia tak rasa macam tu.

Sama juga dengan hadiah N berupa buku dan pensel. Mungkin kerana dia berharap yang dia akan dapat hadiah yang lagi best memandangkan tahun lepas papa bagi kat dia Shot Gun yang boleh tahan juga mahal harganya.

Berbeza pula dengan anak buah yang lagi sorang ni iaitu anak adik ipar. Seperti anak kakak, N masih mempunyai perasaan yang sama. Tak tahu nak bagi apa dan takut apa yang N bagi dia takkan suka macam anak kakak.

Tapi oleh kerana N dalam keadaan budget dan nak berlaku adil N belikan bende yang lebih kurang sama. Pensel dan buku warna. Sebelum majlis berlangsung N ada juga belek-belek barang anak buah ni. Banyak betul buku-buku dia ada walaupun dia baru pra-sekolah. Buku-buku dia semua best-best. Jauh beza sangat dengan buku yang N nak bagi tu.

Jadi, present dia N tak bagi selepas majlis tapi N bagi sebelum nak balik. Itupun letak dalam bilik dia. Berserah je la masa tu, kalau dia suka alhamdullillah, kalau tak suka, takleh nak buat apa. Esoknya adik ipar telefon Mak dan cakap yang Iman suka sangat present yang N bagi tu. Excited betul dia.

Waaa masa Mak bagitau tu memang tak sangka la reaksi anak buah macam tu, sebab N rasa apa la sangat barang yang N bagi. Biasa-biasa je tapi dia suka sebab menurut adik ipar dia memang suka melukis dan mewarna. N cakap ngan mak next time N boleh la bagi set Steadler, Stabillo or seangkatan dengannya. Tahun ni takder budget.. :P

Jadi kesimpulannya, kalau anak dimewahkan dengan pelbagai jenis benda yang dia inginkan, mereka akan jadi lebih mual, tak menghargai sebab senang nak dapat dan takkan pandang benda lain yang nilainya jauh lebih murah...

1 comment:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D