Rekabentuk chopstik dari Nendo. Ada satu batang je kan, macam mana ye nak makan kalau nak guna satu batang chopstik je??
Apa yang uniknya chopstick ni? Terletak kat mana?? Cuba perhatikan betul-betul dan dekat-dekat.. Nampak tak??
Tak nampak lagi..
Okay, N kasi close up sikit.. Haa nampak tak.. Uniknya kat bahagian pemegang chopstik, ada lingkaran.
Dan lingkaran ni boleh terlerai antara satu sama lain. Terjadilah dua batang kayu chopstik yang berlainan. Bila dah ada dua batang barulah boleh guna pakai.
Rekaan ni sebenarnya rekaan yang bernas terutamanya bila nak simpan. Boleh jimatkan ruang dan setiap batang memang dah ada pasangan masing-masing. Boleh elakkan daripada kehilangan semasa menyimpan.
Nak pasang leraikan aje, dan bila dah tak guna boleh cantumkan balik.. :D
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D