Tahu tak apa itu getah bodoh? Tak tahu.. Cuba tengok sikit gambar kat bawah. Ni lah getah bodoh yang N maksudkan.
Nama lain untuk getah bodoh ni gelang getah ataupun getah pasar. Lain orang lain namanya untuk getah ni.
Gelang getah banyak kegunaannya. Salah satu kegunaan utama adalah mengikat. Mengikat semua benda yang boleh diikat.
Apa-apa sahaja termasuklah pemegang pintu almari ni. Sesuai untuk rumah yang ada kanak-kanak takpun almari yang dah makin longgar.
Selain daripada tu, kanak-kanak menggunakan getah bodoh untuk main lompat getah. Zero point...
Selain daripada mainan lompat getah ada juga mainan lain yang guna getah macam lastik getah. Tapi N tak pernah pula main. Mungkin ni mainan untuk kanak-kanak lelaki kot.
Boleh guna juga untuk pertandingan mengikat gelang getah terpanjang.
Ikat gelas supaya senang nak pegang. Berguna terutamanya kepada kanak-kanak yang baru nak belajar minum guna cawan. Boleh juga guna untuk cawan plastik kanak-kanak.
Last sekali nak tembak cicak pun boleh :D
Paling last.. ni serius last.. bola getah besar
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D