Chen Xiaotian yang berumur 7 tahun didapati menghidap tumor otak selepas sebulan ibunya Zhou Lu didapati menghidap penyakit buah pinggang.
Kedua-dua anak beranak bertungkus lumus menghadapi penyakit masing-masing bersama-sama. Apabila keadaan si anak makin teruk, dia merayu kepada ibunya untuk melepaskan dia supaya ibunya dapat hidup.
Sebelum sambung cerita, untuk you all yang hati tisu bolehlah tarik tisu awal-awal sebab serius cerita ni sedih.
Ni lah kedua anak beranak yang masing-masing menghidap tumor otak dan sakit buah pinggang. Comel kan dia.
Tak dapat N bayangkan keadaan mereka. Setelah bertahun-tahun menghidap tumor otak budak ni jadi buta dan tak dapat brgerak.
Doktor tahu yang penyakit tumor otak boleh menyebabkan anaknya mati. Dan semua tahu yang buah pinggang anaknya sesuai untuknya yang memerlukan satu. Tetapi dia menolak.
Anaknya Chen terdengar penolakan emaknya. Untuk menyelamatkan nyawa emak, dia merayu supaya emak menerima buah pinggangnya. Dengan tangisan sedih, emak bersetuju kerana mengetahui yang sebahagian anaknya akan hidup di dalam dirinya.
Setelah mengesahkan yang tisu Chen sesuai untuk emaknya, mereka dibawa terus ke bilih bedah. Pembedahan dan pemindahan organ dimulakan dengan doa ke atas penderma cilik tersebut sebelum hayatnya berakhir.
Chen meninggalkan dunia pada 2 April. Buah pinggang pertama diberi kepada emaknya, buah pinggang kedua kepada seorang perempuan berumur 21 tahun dan hati kepada seorang lelaki berumur 27 tahun.
Menurut wakil hospital Yi Tai mengatakan yang ketiga-tiga pemindahan organ berjalan dengan lancar dan kematian Chen dapat menyelamatkan tiga orang termasuklah emaknya.
Sedih sangat masa N baca berita ni, berlinang terus air mata. Tak dapat bayangkan dan takmo sesekali bayangkan bende ni semua terjadi kat diri sendiri..huhu
source:
sedihnya.. besarnyer pengorbanan budak tu
ReplyDelete