About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, April 15, 2014

Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

Kelmarin N bukan saja pergi Astaka Morocco kat Putrajaya tapi kami sempat singgah Taman Rimba Alam dan juga Taman Warisan Pertanian. Taman Rimba Alam takder apa yang menarik. Kat taman tu cuma ada jalan raya yang menuju ke jalan mati. Sesuai untuk jogging ataupun berbasikal.


Wrightia Religiosa
Melati , Mentoh.

Kat Taman Warisan Pertanian pula ada banyak pokok herba. Kami tak sempat nak masuk kawasan tanaman pokok herba sebab dah penat bergambar kat Astaka Morocco. Kat atas ni tag nama pokok melati. Tapi pokok melatinya tak termasuk dalam gambar, pokok yang kat sebelah tag tu bukan melati ye. ianya pokok kaduk..

Taman Warisan Pertanian Putrajaya

Yang ni pula pokok sambung nyawa / leaves of the god dalam keluarga Lauraceae. Nama saintifiknya Gynura Procumbens.

Keterangan dan Kegunaan:

Sejenis pohon yang manghasilkan rempah ratus yang beraroma
Penyedap rasa dalam pelbagai resepi makanan
Kulitnya dikeringkan untuk dijadikan rempah
Boleh digunakan untuk membuat ubat secara tradisional
Ramuan penyediaan kosmetik, sabun dan ubat-ubatan. 

Taman Warisan Pertanian Putrajaya

Ni peta Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Besarkan, kalau masuk memang tak larat nak jalan rasanya. Next time datang boleh masuk tengok-tengok kat dalam taman.

Taman Warisan Pertanian Putrajaya

Kat sini ada food court. Banyak kedai-kedai makan kat dalam food court ni dan harganya okay. Boleh diterima walaupun ianya terletak di Putrajaya :D

Taman Warisan Pertanian Putrajaya

Sebenarnya kat luar entrance lagi ada banyak pokok belimbing ditanam. Berduyun-duyun buah belimbing ni dan semua dijaga sebab siap dibungkus lagi. Tapi bila pergi dekat-dekat ada juga buah dalam bungkusan dah masak ranum dan hampir busuk.. Ish sayangnya.. Patutnya buah belimbing kat atas ni pun N patut petik je bawa balik. Kalau duk kat pokok tu sure nanti busuk gitu je..

Untung kan orang-orang yang duduk Putrajaya ni. Banyak taman boleh pergi riadah.. 

2 comments:

  1. memang tempat yg menarik utk dilawati , KA & famili pun dh pernah pergi beberapa kali !

    ReplyDelete
  2. dulu penah pegi...jadi ni second time.besh

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D