About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, April 16, 2014

Bila orang pompuan macam N pam tayar kereta

N dan kereta.. Bawa pandai la.. Tapi kalau nak godek-godek... krik krikk.. hehe

Minggu lepas tayar kereta dah banyak keluar angin. So husband pesan suruh isi angin dulu sebelum gerak ke office. N pun gigih la pergi ke petrol station berdekatan. Dekat dengan rumah ada Shell.


 Berhentikan kereta dan terus je capai tiub pam angin tu dan tekan kadar angin yang husband dah bagitau. Husband cakap kalau pam jarum naikkan sampai 220 dan kalau elektronik pula tekan 32. Yang kat Shell tu elektronik so sepatutnya 32 tapi N pergi tekan sampai 220.. N confius sebab sehari sebelum tu N pergi isi angin juga tapi orang yang tolong tu dia letak 220 (Shell). 

Kalau N tekan sampai tercabut button tu pun takkan sampai 220 sebab bila nak pam angin tayar kena tengok juga kategorinya. Kategorinya ada kPa dan juga PSI. Apakah itu kPa dan apakah itu PSI? Secara ringkasnya N tak tahu apakah bendanya tu, tak sempat nak belajar.

Tapi yang N tahu setelah belajar dari Mamat yang tolong pamkan tayar kereta N. Kene tekan 220 kalau pilih kPa dan 32 kalau pilih kategori PSI. PSI ni boleh sampai 145 je. So nampak tak kesalahan yang N buat. Kat monitor tu PSI tapi N nak picit button sampai 220... Boleh pecah tayar mamat tu cakap, huhu.. 

Nasib baik N bertindak dengan bijak dengan bertanya. Jangan bodoh sombong okay. Jangan risau, kalau dah nama pompuan, buka mulut minta tolong gerenti berderet lelaki yang berkerumun nak tunjuk kehebatan.. heheheee


So, you all semua standard nak pam tayar ialah:

kPa : 220
PSI : 32

Takpun kalau tak sure cuba buka pintu kereta dan tengok info yang macam gambar kat atas ni. Rujuk je kat situ.

Bila N google pasal tayar kereta banyak juga blog yang N baca. Semuanya berguna especially untuk gegurl macam N. Antaranya panduan hayat tayar kereta, asas penjagaan kereta dan panduan tekanan udara tayar.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D