Print screen dari Website Samsung. Pada you all yang tak tahu ni lah Samsung Galaxy Young yang N cerita di entry review entry blogging dengan samsung galaxy young sebelum ni. HP ni comel je. Harga pun comel lebih kurang RM299.00. Tapi bukan N yang beli. Asal ni HP mama. Tapi oleh kerana mama tak biasa dengan HP ni, mama tukar balik ke HP lama dan bagi kat N HP ni.. Thanks mama..
Bila guna HP nilah N kenal apa itu Whatsapp..hehe.. Agak ketinggalan jugalah N ni. Untuk HP ni N tak guna apa-apa plan Internet sebab bila pergi office guna WIFI office je untuk Whatsapp. Online pun tak perlu HP sebab komputer office lagi senang. Dan bila balik rumah mama hujung minggu, guna WIFI je juga..
Tapi baru-baru ni bila balik rumah, N godek-godek Note III mama.. Mama dah guna lebih kurang 3 bulan.. Hebat kan, suri rumah pun boleh beli Note III. N yang bertungkus lumus bekerja dari pagi sampai petang pun tak berkesempatan lagi nak beli.. Memang cita-cita nak beli Note III tapi Mama yang beli dulu.. sobsob..
Sebelum ni tak rasa nak belek-belek sebab masih takder budget, tapi bila dah terbelek semalam aura Note III tu dah merasuk ke dalam akal fikiran.. Ohh tidakk.. Ini merupakan satu bencana. Dan lagi bencana bila N tangkap gambar, gambarnya boleh tahan cantik. Surf tenet pun besh, especially untuk blogging..
Grrrrrr geram je rasa.. walaupun Galaxy Young boleh WIFI dan juga blogwalking tapi ianya jauh berbeza dari Note III.... Note III HP impian N asyik bermain di minda sekarang ni. Memang dah pasang cita-cita kalau N beli Note III, N akan guna plan Internet... Urmmm tak sabarnya. Ok mulai sekarang N kene kerja lagi kuat untuk dapatkan HP impian :D Wish me luck
N, iolss pun ada aura sesuatu gadget yang tengah merasuk pemikiran ni...macam end of this month nak dapatkan ajer...hu hu hu...
ReplyDelete