Hari ni birthday mama yang ke-57.. Mama lahir pada tahun kemerdekaan 1957. Bangga rasa kalau dilahirkan sama tahun dengan hari bersejarah. Hari ni sempena hari lahir mama, papa dah plan nak bawa mama pergi makan buffet kat KL Tower. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.
Untung mama dapat suami macam papa :D. Well, she deserved to get the best. Di kesempatan ini N nak ucapkan selamat hari lahir kepada Mama.
Semoga dipanjangkan umur sebab masih ada lagi tempat yang mama belum takluki dalam dunia Allah ni dan masih banyak ilmu yang belum dipelajari. Mama ni suka melancong. Banyak tempat dah pergi tapi tempat yang tak pernah pergi pun lagi banyak.
Semoga dimurahkan rezeki supaya mama boleh beli apa yang mama nak. N juga berharap yang mama sentiasa ceria dan happy selalu dalam menjalani kehidupan. Akhir kata, I love you mama.. Muah muah..
happy birthday tuk yr mum yer !
ReplyDelete