About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Saturday, May 31, 2014

TRIUMPH Bra Clearance Sale 30 May - 8 June 2014

Bra Triumph murah tengah clearkan stock.. Jom rembat banyak-banyak :)

TRIUMPH Bra Clearance Sale
Triumph Counter, Parkson Subang Parade
30 May 2014 - 8 June 2014

TRIUMPH Bra Clearance Sale 30 May - 8 June 2014


More than 50% discount
Free items when purchase more
Price from RM10 - RM80 after discount

TRIUMPH Bra Clearance Sale 30 May - 8 June 2014

Poney explosive warehouse sales 23 MAY - 1 JUNE 2014

Poney Sales you all.. Jangan lepaskan peluang.. Sampai esok je kay :D

Harga dari RM5 !!

Poney explosive warehouse sales 23 MAY - 1 JUNE 2014

PONEY EXPLOSIVE SALE
Level 1, SACC Mall, Shah Alam - 30-5513 8900
23 May 2014 - 1 June 2014
10 am - 10 pm

PONEY WAREHOUSE SALE
Poney outlet, Lot 13 @ Serdang Perdana Seri Kembangan.
23 May 2014 - 1 June 2014
10 am - 7 pm

Projek perangkap nyamuk mesra alam DIY

Hari-hari cuti ni jom kita buat satu aktiviti yang sihat. Boleh buat sendiri kat rumah dengan menggunakan barang-barang terbuang. Jimat duit poket :D

Projek perangkap nyamuk mesra alam DIY ni dapat menghindarkan diri kita dan keluarga yang disayangi dari pelbagai jenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dalam masa yang sama boleh merapatkan silaturrahim. Bila dah siap mesti masing-masing tak sabar nak tengok keberkesanan projek ni..

Projek perangkap nyamuk mesra alam DIY
Eco-Friendly mosquito trap source

Arahan mudah melalui gambar:

1. Potong bahagian atas botol (suku).
2. Masukkan 200ml air suam dan larutkan 50g gula di dalamnya.
3. Bila air dah sejuk masukkan yeast roti 1/2 tsp (1g).
4. Terbalikkan bahagian atas botol yang telah dipotong ke dalam botol bahagian bawah yang berisi air tadi.
5. Balut botol tersebut dengan surat khabar atau plastik gelap.
6. Letak di tempat gelap atau di satu sudut.

Jadi bila kita dah guna perangkap nyamuk mesra alam DIY ni penggunaan spray atau ubat nyamuk boleh dikurangkan. Botol tu letak je kat ceruk-ceruk gelap sebab nyamuk ni tak suka cerah-cerah, kalau cerah nanti kantoi dan dapat pelempang.. huhu

Friday, May 30, 2014

Update SEGMEN: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Morning.. Ada sedikit update untuk segmen yang sedang berlangsung dalam blog kapas putih ni.


Siapa yang baru tahu, bolehlah klik banner kat bawah untuk info :D

SEGMEN: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Sebenarnya tak jangka akan ada orang yang sertai segmen ni.. Setakat hari ni dah ada empat orang.. Wahhh syukur sangat daripada takder langsung. Terima kasih kepada you all yang sudi support segmen N :D

SEGMEN: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Haaa you all nak watermark juga?? Cubalah nasib dengan menyertai segmen N ni sebelum tarikh tutup minggu depan :D

Thursday, May 29, 2014

Segmen : Cari Followers Mei !

Second segmen for today... suka-suka (bayangkan gaya cakap mei-mei dalam upin ipin).

Di samping menambah follower bolehlah kita kenal dengan lagi ketat :D

[nak join klik banner kat atas]

Ganjaran untuk segmen ni, semua yang sertai akan dapat masuk dalam bloglist.. Best kan.. Haruslah join..

-------------------------------------------

Segmen lain:

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Olaaa.. Dah sangat lama N tak join segmen. Baru-baru ni ada segmen dari bubblynote N terlepas sudah.. Jadi segmen kali ni, N takmo terlepas. Walaupun tarikh tamat segmen ni jauh lagi tapi baik N bertindak dengan segera.. Arahan pun tak susah sangat

[nak join klik banner kat atas ye]

Arahan ringkas:
1. Kena follow blog
2. Buat entry
3. Tepek banner dan linkkan ke entry tersebut
4. Tag kawan.. tapi kalau tak tag pun takper
5. Letak link entry yg dah siap kat ruangan komen.

--------------------------------------------------

SEGMEN LAIN:


Setakat jam 12 ni takder sape lagi yang nak join segmen N.. huhu, sedih.. Baru nak asah bakat terpendam ni sikit..

A very good morning all

Haii morning you all.. Dah breakfast.. Dah beberapa hari ni mood N bila kat office macam dah terpesong ke laut..hehe.. maksudnya tak ada hati nak buat kerja. Asyik nak buat benda merapu macam art or photo editing..

Dah kenyang-kenyang suka hati macam sekarang ni lagi best kalau ada sweet treat kan.. Anyway, jom kita share morning treat kat bawah ni.. Cute cuppy cake morning treat to anyone who are reading kapas putih blog..



Anyway, jangan lupa join segmen watermark kat entry bawah ni :D

Wednesday, May 28, 2014

SEGMEN: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Hai semua.. Oleh kerana N sekarang tengah dalam mood watermark... Jadi N berbesar hati nak buat Segmen hadiahnya watermark. Ni first time buat segmen. Fikir empat ratus lima puluh sembilan kali juga la sebelum publish. Takut juga takder orang nak join. Tapi kalau tak cuba mana nak tahu kan kan..

 ----------------------------------------------------------

SEGMEN: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

ARAHAN WAJIB IKUT:

1. Buat satu entry yang bertajuk "SEGMEN: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com".
2. Masukkan banner kat atas dan linkkan banner ke entry segmen ni
3. Follow blog N, kapas-putih.blogspot.com ni la.. Selain daripada tahu update pasal segmen ni, bolehlah kita kenal-kenal lagi rapat :D
4. Dalam entry kena letak sekali url blog dan juga perkataan (tambahan: ikon atau border) yang you all nak untuk watermark.
5. Dah siap entry, jangan lupa postkan link entry kat bahagian komen entry ni.
6. Segmen tamat pada hari 11.59 pm, Ahad, 8 June 2014..
 ----------------------------------------------------------

Pemilihan pemenang:
Akan dibuat oleh N sendiri secara rawak.. Kalau tak ramai yang turut serta, contohnya ada dua orang je yang join segmen ni. Makanya, secara automatik dua-dua akan dapat watermark dari N. Berapa limitation pemenang?? N akan umumkan kendian ye :D..

Hadiah watermark:
Watermark akan dibuat sendiri oleh N sendiri.. Amaran!! N ni bukan professional, jadi watermark yang N buat simple-simple je okay. Tolong jangan demand watermark yang macam designer buat pula :P.. Kang jenuh N bersengkang mata nak belajar buat dan terpaksa cakap ngan Baby Asy "Baby, mama busy. Please make an appoinment first ekk"..

Okay, faham tak.. Kalau tak faham jangan malu-malu.. just drop your inquiry in the comment area kay :D

---------------------------------------------------

Update entry selepas TAMAT Segmen:

20 watermark peserta
Lucky blogger no. 1 (shuhada salleh)
Lucky blogger no. 2 (the only girl 98)
Lucky blogger no. 3 (cik pinz)
Lucky blogger no. 4 (diela craft)
Lucky blogger no. 5 (oh danee)
Lucky blogger no. 6 (eat make read)
Lucky blogger no. 7 (izhs diaryz)
Lucky blogger no. 8 (the cute purple princess)
Lucky blogger no. 9 (kaki join contest)
Lucky blogger no. 10 (hani fadhlina abdul rahman)
Lucky blogger no. 11 (shahidah fadilah)
Lucky blogger no. 12 (fieqa)
Lucky blogger no. 13 (life is great with me)
Lucky blogger no. 14 (sueagogeous)
Lucky blogger no. 15 (nurul ayikin mohd anuar)
Lucky blogger no. 16 (mommy soffya)
Lucky blogger no. 17 (aimi syahirah)
Lucky blogger no. 18 (ct nariha)
Lucky blogger no. 19 (efa aziz)
Lucky blogger no. 20 (jom santai aje)

Tuesday, May 27, 2014

Kapas Putih new watermark

Setelah berabad lamanya N guna watermark yang sedia ada, hari ni baru berkesempatan nak buat watermark baru untuk ditempelkan di gambar-gambar :D

Yang ni watermark kapas putih yang lama. Watermark yang lama ni ada empat warna: hitam, putih, pink dan kelabu. Gambar kat bawah ni watermark kapas putih yang lama warna putih dan pink..

Kapas Putih old watermark

Watermark yang lama nampak plain dan simple. Senang je nak buat. Untuk watermark yang baru ni N buat sedikit dainty dengan sentuhan kerewang. Dah lama teringin nak design macam ni setiap kali tengok watermark orang lain. Tapi bila ada penyakit M = malas. Memang susah.. huhu.. Lagipun yang ada kerewang macam ni makan masa nak siap sebab N guna je software apa yang ada je. Jadi banyak step yang kena buat sebelum siap :D

Kapas Putih new watermark

N buat dua, satu watermark warna hitam seperti di atas dan satu lagi watermark putih seperti di bawah.

Kapas Putih new watermark

Tiba-tiba je rasa rajin terlebih nak buat watermark hari ni sampai terlupa sekejap pasal blog. Watermark yang N buat ni biasa-biasa je... Watermark SS ni, syok sendiri. hehe

Free Lactacyd Sample - It's time to love your V

Haii.. Salam Selasa.. Pagi-pagi lagi dah tunjuk sample kan.. Hehe.. Sebenarnya N pernah dapat sample Lactacyd ni beberapa bulan yang lepas. Pastu simpan dan terperosok dalam beg. Semalam bila ngemas jumpalah balik.

Free Lactacyd Sample - It's time to love your V
It's time to love your V by Lactacyd

Walaupun N tak guna lagi sample kat atas, tapi N pernah juga guna produk cucian Lactacyd ni. Di samping mencuci bahagian sulit dengan bersih baunya menyenangkan sebab wangi, lembut dan menyegarkan.

Free Lactacyd Sample - It's time to love your V

Dalam paket envelope ni ada dua sample cucian Lactacyd:

White Intimate
Revitalize

Free Lactacyd Sample - It's time to love your V

Ada lima jenis:

White Intimate
Revitalize
Nourish
Lasting Freshness
pH3.5

Lactacyd Feminine wipes pula senang untuk travel. N pernah juga dapat sample ni masa N bersalin dua tahun lepas..

Free Lactacyd Sample - It's time to love your V

Hey girls, when it comes to cleansing our V, there are many misconception - the 2 below being the most common ones:

Misconception 1: Soap or showel gel are fine right??
We were brought up to understand Soap = squeaky clean
and that Shower Gel = softly perfumed skin.
The truth is there 2, are too alkaline for our V, leaving her prone to odour and irritation!

Misconception 2: Water is good enough
Um.. Water is good, but not good for cleasing our V.
Continue to use water and you might end up having V-drama.

Nak sampel macam kat atas. Nanti N bagitau next entry okay :D

Monday, May 26, 2014

Nuffnang CPUV Sanofi Lactacyd

Nuffnang CPUV Sanofi Lactacyd 

Salam Isnin semua.. Apa khabar?? Harap you all semua ceria dan bersemangat nak bekerja setelah dua hari bercuti.. :D

N ni ada satu tabiat SS sejak berblog dengan aktif tahun 2014 ni.. Tabiat SS N ni ialah tabiat Syiok Sendiri. Kenapa SS, sebabnya tiap kali lepas baca entry blogger lain cerita pasal diaorang dapat CPUV, N akan kelam kelibut buka Akaun Nuffnang N dengan harapan ada satu sangkut. Hehehe.. Tapi, itu semua pembakar semangat sebab tak pernah lekat pun tiap kali buat macam tu sehinggalah hari ni.

Arini buka-buka je dengan menaruh harapan sikit seperti selalu.. jeng jeng jeng.. ada la sangkut satu.. wow tak sangka... Nuffnang CPUV Sanofi Lactacyd.. Setakat ni 50 sen.. hehe suka-suka, sape nak bagi 50 sen senang-senang kan :D

Nuffnang CPUV Sanofi Lactacyd

Well, N harap sangat yang bulan depan dapat lagi, kan syiok kalau tiap-tiap bulan dapat satu.. :D

Thanks Nuffnang for Nuffnang CPUV Sanofi Lactacyd.

Sunday, May 25, 2014

Shairng is caring. Upin Ipin dan blogging.

Bila Mama nak berblog, masa tu jugalah Baby Asy nak tengok Upin Ipin. Bila Baby Asy tengok Upin Ipin, masa tulah Mama nak berblog. Sudahnya kena share, Baby Asy amik separuh dekstop, Mama Amik separuh dekstop.  Fair and square sampai terkecik besar anak mata nak fokus.. huhu

Sharing is caring

Masa ni tengah tengok Upin Ipin Nenek Si Bongkok Tiga dan Riang Raya. Tapi sharing dekstop macam ni agak susah sebab dengan N sekali tertumpu pada cerita Upin Ipin. Dan baru hari ni jugalah N tahu kewujudan Lemang Periuk Kera. Sebenarnya banyak juga ilmu yang N dapat dari menonton Upin Ipin.

N memang tak halang kalau Baby Asy nak tengok sebab cerita ni memang sesuai untuk kanak-kanak. Takder keganasan macam kebanyakan cerita karton yang lain. Kisah yang dipaparkan semua ada tauladan dan pengajaran yang senang difahami oleh semua orang.

Tapi tulah.. susah nak share dekstop. Baru first time buat macam ni. Tapi nasib baiklah Baby asy tiba-tiba nak main benda lain. Jadi, berpeluanglah mama conquer lappy ni.

Friday, May 23, 2014

Jaga organ dalaman anda baik-baik

Selamat petang dan salam Jumaat you all.. Saper kata kita kena jaga organ dalaman dengan makan makanan yang sihat je.. Sebenarnya banyak faktor yang kene titikberatkan untuk jaga organ ciptaan Allah ni sebab kalau anda tak jaga masih ada lagi orang yang nak..... huhu this is really creepy

Sekarang ni dalam salah satu whatsapps N cerita pasal kes culik orang untuk curi organ dalaman. Waaa ngeri je bila baca. Sungguh tak sangka ianya berlaku di dalam Malaysia sendiri.

N copy untuk tatapan kita bersama..

Kes ni serupa macam kes Ms Canny Ong, pada satu hari terdapat seorang wanita yang berhenti mengisi minyak. Setelah selesai isi minyak dengan menggunakan kad kredit kat pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, attendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai isi minyak dan pembayaran dengan kad kredit diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada attendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tempat itu tetapi attendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk buat bayaran tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Attendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. Attendan memberitahu, ketika wanita tersebut mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi di belakang kerusi.

Dengan segera dia telah menghungi polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta dengan tergesa-gesa.

Kes ni ada kaitan dengan jenayah curi organ dalaman. Di mana orang yang diculik akan dipotong kakinya, dibunuh dan dicerai-ceraikan badannya...

Aloloooo serammnya cerita ni. Dan semua pengguna jalan raya terutamanya kereta.. Berhati-hatilah you all okay.. Sasaran mereka of course la golongan yang lemah macam perempuan dan tempat-tempat yang sunyi.

Thank you Nuffnang for this cute treat

Wahhhh... log in je nuffnang tengok jumlah makin meningkat RM19.02. Memang la bersyukur tapi N agak gelisah bila tengok peningkatan ni. Sebabnya N tahu mesti ada campaign yang dah berakhir...

Thank you Nuffnang for this cute treat

Scrol lagi bawah.. Hah.. memang dah sah, masin je hati N ni, boleh betul pula sangkaan N. Dah credited. N rasa nak kumpul lebih lagi campaign Orea Better Together ni. Baru RM2.94 sen je. Huhhuuu.. Tapi takpelah, padan lah dengan visitor N yang tak pernah cecah pun 1K sehari. Sobsob..

Orea Better Together

Berharap supaya dapat campaign baru dari Nuffnang. Iklan Nuffnang duk syok je berjoget-joget, dapat lekat satu pun jadi la :P

Morning everybody...so many things to say

Pagi you all, apa khabar semua. Al-maklumlah sekarang ni kan hujan kerap turun. N dah masuk hari ke-empat dah ni, asyik selsema diselangi dengan batuk. Tapi N tahan je okay, N memang cuba elakkan diri dari makan ubat. 

Sebab hari tu terbaca dalam satu blog. Memang ada juga Doc yang sarankan jangan ambil panadol aka paracetamol dengan kerap sebab bahan tersebut boleh bermastautin dalam badan manusia selama lima tahun. Boleh mendatangkan kesan terutamanya bila di saat kita memerlukan ubat, Doc perlu bagi dos ubat yang lagi tinggi memandangkan badan kita dah immune dengan ubat yang kita pernah ambil sebelum tu.

Kalau boleh takmo ngada-ngada pergi klinik panel. Air 100 plus yang N togok kelmarin pun dah habis. Okaylah sebotol besar tu untuk 2 hari, kalau rasa tak larat kejap lagi, mungkin N akan ke Hero dapatkan bekalan untuk lagi bertenaga.

Lagipun hari ni ada gotong royong sikit, bila nak tukar meja staf, banyak la juga barang yang perlu dikemas. Termasuklah tempat N yang macam pusat ternakan tikus.. hehe

Anyway, pagi ni N sampai awal tau. Jam 6.30 pagi gerak dari rumah dan thumb print jam 7.00 pagi. Pagi-pagi kat ofice sorang-sorang sempat berselfie.

Selamat pagi malaysia
Peace to all..

Haaa pagi-pagi je kat newsblog ada yang mengioewww pasal jem disebabkan hujan semalam. Kesian cik akak Bubbly sampai tiga jam you all. N pula lewat punch 5 minit je, 5.35pm. Pastu boleh pula stuck, terkejut N. Rasanya sebelum ni tak pernah pula kalau lewat 5 minit boleh jem teruk. Kalau 15 minit memang ye la.

Rasa nak muntah bile tengok kereta beratur panjang.. huhu.. Macam nak mengandung pula kan.. echceehhh ceh.. Tapi N lagi bernasib baik tak jem sampai 3 jam, satu jam je dah sampai rumah. Dan pagi ni bila keluar awal, jalan sedikit lengang dan bila sampai depan Subang.. Ahaaaa.. Takder maknanya nak bawa 80km/hour. 

N rasa jem akan lagi melanda dengan teruknya kat situ sebab ada tiga biji kereta berhenti dan siap ada toe truck. Macam accident, tak nampak jelas sebab pandang sekali imbas. N memang tak suka nak pandang lama-lama sebab ianya boleh buat perjalanan pengguna lain makin lambat. Asal ada accident je jalan akan jem teruk sebabnya kebanyakan pengguna jalan raya di Malaysia ni sangat perihatin.... huhu

Thursday, May 22, 2014

Penangan Slot Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan

Banyak betullah gambar yang ada dalam PC office ni sampai bila nak back up perkara penting siap kena transfer sementara lagu-lagu yang mencecah sampai 16 G ke PC office. Pastu barulah boleh angkut gambar-gambar dan file penting ke dalam external hard disk.

Sementara N tak beli lagi Pendrive baru lagu-lagu tu kene bermastautin la dulu dalam PC. Kalau lagu yang hilang N tak kisah. Janji gambar dan files yang penting tu selamat dengan N. PC ni pun tak tahulah boleh bertahan sampai bila kan. Sebelum jadi apa-apa baiklah kita cegah..

Haaa minta maaflah, panjang nooo mukadimahnya ye. Inilah yang terjadi bila baru nak buka blog, tulah hari ni busy satu hari skodeng external hard disk kan setelah sekian lama tak buka.

You all tengok tak Slot Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan semalam jam 7 TV3? N ingat lepas habis tengok Slot Drama Aku Isterinya yang berakhir kelmarin, N takmo follow mollow dah cerita drama bersiri ni. Tapi mata ni takmo beralih daripada TV.. huhu

Tertengok la pula. Tapi tengok part awal dan hujung sebab tengah-tengah mertua ajak pergi beli santan kat kedai.. hehe.. Dan bila balik siap sempat lagi tengok sampai habis. Cukup la rasa nak tengok episode 1 je, tapi bila dah part hujung bersambung tu.. Alahai.. memang nak kene tengok juga malam ni..

Geram tau, episode pertama ni pun dah catchy tau. Pandai la diaorang ni nak tarik minat penonton tengok lagi.. Terbayang-bayang muka mamat ni bila tengok muka minah yang pegangkan HP mama dia tu.. Terkedu you all.. Sebab tak sangka kot yang minah ni cantik bangat. Sorry la nama pelakon tak ingat pula.

Anyway, N rasa mama Dian ni kan sengaja tinggalkan HP dia sebab berkenan agaknya tengok muka minah ni... hehehee Itu pandangan N la, sebab pelik betul bila Dian nak keluar dari surau dia terjenguk-jenguk minah tu, mungkin dia nak tengok kejujuran minah ni.

Well, jom kita tengok sambungannya kejap lagi jam 7 :D. N nak balik dah, tak sabar nak tengok. Jom tengok ramai-ramai Slot Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

External Hard Disk Clean Out

Sejak-sejak Office N kene trippp aritu masa semua orang tengah bercuti buruh, habis kebanyakan PC kat office hancus dibawa ke laut. Kalau ada yang okay pun beberapa buah saja termasuklah N. Tapi baru-baru ni ada PC yang Okay makin lama makin down. IT staff kata disebabkan oleh jangka hayat dia. Dah tua... Tak larat nak berkhidmat dah.

Oleh kerana PC N masih okay, staff yang lain suruh back up sementara sempat sebab yang lain ramai tak sempat nak back up. Dah tiga hari ni asyik la lupa nak bawa hard disk. Hari keempat ni baru berjaya. Tu pun malam tadi punggah bilik cari External Hard Disk.

Nasib baiklah jumpa. Bila buka external hard disk N pagi ni tengok storage free tak sampai 1G dari 80G pun walhal folder yang nak kena back up tu 21G.. Waahaaaa....... Bahaya... Space tak cukup. External Hard Disk ni N beli dah lama, ada la dalam 6-7 tahun yang lepas kat KL Convention Centre masa PC Fair.

Bila dah tak cukup macam ni N kena amik yang mana betul-betul perlu je dan buang data yang tak penting dalam External Hard Disk. Dah buang sikit tapi storage free baru cecah 1.32G.. Hhuhuuuu

Tengah-tengah duk godek tengok apa nak buang, terjumpa la beberapa gambar EX... Hahhhhh masih ada ke?? Hehhh nampak sangat dah lama tak buka kan external hard disk ni. Terus je delete.. Tak kuasa N nak simpan, menyakitkan jiwa dan raga okay. 

Nasib baik dalam bentuk softcopy delete je terus, kalau hardcopy dah lama dah N pijak-pijak enam ratus empat puluh lima kali, tembak sembilan ribu tujuh ratus tiga puluh satu kali..koyak-koyak campur tepung + telur.. Gumpal-gumpal jadi macam meatball dan campak dalam mulut buaya. Kat situ je tempat yang layak untuk dia..

Hahhhh marah betul bunyi... heheheee mintak maap la ye. Ter emosi pula pagi-pagi hari ni bila kenang cerita lama. Dah-dah, buku lama kalau boleh takmo buka dah. Biar dia duduk kat satu tempat dalam diri N ni.

Anyway, banyak benda dan gambar yang best-best dalam external hard disk tu. Siap terjumpa Gambar Pasport ni...

External Clean Out

Hehehee paling faovurite yang budak kecik tu. Tulah N masa kecik. Masa ni buat gambar passport sebab nak ke Singapore tak silap, Papa bawa satu family. Ada urusan kerja. Tahun 85 ke atas sebab gambar N tu mungkin masa umur 2-3 tahun.

Gambar passport ni N scan je, orang dulu mana pakai camera digital lagi :D

Gambar passport yang pakai baju cekelat tu ambik kat studio kedai dan baju hitam tu amik sendiri kat rumah berlatarbelakangkan dinding warna putih. N rasa lagi puas hati kalau ambil gambar sendiri sebab bila kat studio muka N jadi buruk pula.. hehehee perasan cantik la pula.

Dah tangkap gambar then boleh edit je :D

Okaylah, N nak sambung susun atur external hard disk, 20G lagi diperlukann.. helpppp me

Wednesday, May 21, 2014

Cara nak suruh anak makan.. Vitamin

Anak tak nak makan sebab sibuk sangat nak main?? Takpun anak mengada-ngada tak mahu makan, tapi asyik nak susu je memanjang walhal baju sejam lepas minum susu..

Pernah terjadi tak kat you all..

Masalah ni tengah terjadi kat N sekarang ni. Susah betul nak suruh anak makan. Tak tahulah N sama ada disebabkan oleh penukaran susu dulu dari Anmum ke Dugro ataupun sebab apa.

Adik ipar ada suggest N beli susu Shaklee.. Harganya memang mahal tapi berbaloi. Satu hari letak satu scoop dalam bancuhan susu katanya. Pengambilan susu shaklee ni boleh tambah selera makan anak-anak.Tapi sekarang masih tak berkesempatan nak beli dari dia. Adik ipar memang dealer shaklee tapi dia kat Ipoh sekarang, jauh.

Alternatif lain yang N guna bile anak tak mahu makan ialah dengan pengamalan makan Vitamin setiap hari. Sejak N bagi Baby Asy makan Vitamin sebulan yang lepas, mertua memang perasan yang Baby Asy ni ada sedikit perkembangan. Nak juga la dia makan nasi. Penambahan selera tu memang penting sebab Baby Asy ni dah nampak macam tak cukup makan.. Kurus je, lain benar dengan ayah dia yang timbun tu.. huhu

Mula-mula tu N beli brand CHEWIES, Multivitamin. Takut nak beli Vitamin C, sebab ada perisa orange je. Macam tak sedap, takut baby Asy takleh nak terima pula. Multivitamin pula perisa laici. Mungkin dia akan suka. Bila balik rumah bagi dia makan. Macam biasalah benda first time dia takkan makan habis, luakkan bila dia rasa pelik. Second time, makan sampai habis siap minta-minta lagi.
Chewies Brand, Multivitamin Lychee flavor
source from google search engine

Satu botol Chewies bulan lepas punya dah habis sampai tak sempat nak cecah hujung bulan. Bulan ni N beli brand Champs pula. Tapi kali ni Vitamin C perisa Blackcurrant. Pun terjadi perkara yang sama. Masa mula-mula cuba dia luakkan. Pastu kali kedua rasa sampai habis.. Esok-esok siap minta lagi tapi N limitkan 3 tablet je sehari.

Champs Vitamin C Blackcurrant Flavor

Tapi baby ni mana paham bahasa lagi. N kata dah bagi dia tiga tapi nak juga lagi.. Hahh bahaya... Kang over tak tahu pula kesannya kan. Jadi, N buat tak layan aje.. hehe

Masa beli Vitamin ni, N memang pilih yang jenis tablet. Sebab yang lagi satu jenis chew cam gummies tu. N takut Baby asy takmo makan yang macam tu sebab pernah bagi dia gummy jelly tu, tapi dia takmau. Nak jalan selamat beli yang tablet sudah. Buat masa sekarang ni N nak tambah lagi vitamin dia. Mungkin nak beli Multivitamin sebab vitamin C dah ada.

Saja nak banyakkan vitamin sebab dia kerap minta bila N balik kerja. Limit satu jenis vitamin tu 3 tablet je.

Tuesday, May 20, 2014

N dan juga Gordon Ramsay

Haa macam-macam jenis buku ada kat perpustakaan ni. Hari ni hari ke-dua N jaga perpustakaan kolej sebab librarian ada kerja nak kena settle kat tempat lain :D

Best sebenarnya bila duduk dalam perpustakaan ni sebab terlebih privacy. Student pun bukan ramai yang datang. Takat seketul dua aje. Pastu boleh berjoget dalam blog sambil blogwalking.

Lepas student keluar tadi siap sempat berselfie lagi.. Selfie dengan buku.. Konon-konon ulat buku la takpun posing  sebagai hot and gorjes libruarian.. Hhehe perasan sorang-sorang.

Paling best bila berselfie tadi N terjumpa satu buku tu. Buku food encyclopedia by Gordon Ramsay. Chef celebrity terkenal tu. Kalau you all ni kaki tengok TV, mesti you all pernah tengok Hell Kitchen. Live Contest Cooking Show yang banyak sumpah seranah. Haa yang tu la orangnya..

Kasi tayang sikit gambar Gordon Ramsay.

Gordon Ramsay
 Pics source from google search engine

Haa pernah tengok tak?? Kalau dalam Hell Kitchen tu sekali dia buka mulut, haaaa boleh tercabut jantung. Itu belum lagi bila dia campak pinggan masuk dalam tong sampah.. Berderau darah okay. Semua contestant yang masuk Hell Kitchen memang la kena ada hati batu. Kalau tak memang tak lama la. First episode pun dah boleh tersingkir.

Bila ckap pasal Gordon Ramsay terkenang N beberapa tahun yang lepas. Gordon Ramsay ni ada turun Melaka dan husband punya la excited pergi sana. Dapat la jumpa dan bergambar.

N pula.. Tak dapat jumpa, dapat selfie dengan buku dia jadi lar.. Gambar takleh nak upload pula kat PC perpustakaan ni.. Tak perlah, next time N kasi tayang selfie N dengan buku dia yang superb tebal tu ekk.. Sesiapa yang sangat bersemangat dengan food mesti suka buku ni.

100 PLUS Isotonic drink memang layan

Tadi tengah hari N pergi Hero Market dan Giant jalan-jalan survey harga. Last-last masuk balik Hero Market untuk beli 100 plus. Apa yang N perasan harga kat Giant lebih tinggi dari kat Hero.

N siap beli 100 plus botol besar lagi dengan harapan boleh minum sampai esok :D. Jadi esok tak payah nak susah-susah pergi beli lagi. Lagipun beli yang besar boleh jimat banyak. Sambil minum-minum 100 plus N sempat lelapkan mata kejap kat surau. 

Konon nak hilangkan rasa kepala yang berat angkara selsema. Tapi jadi bengong pula sebab N ni jarang tidur siang. Pastu dapat panggilan kena jaga perpustakaan. N pun apa lagi, bangun Zohor dan siap-siap.

Duduk kat perpustakaan sambil teguk 100 plus. Memang layan lah. Bertenaga sikit berbanding pagi tadi yang macam nak lelong je gamaknya kepala ni. Tengah-tengah selsema + berat kepala memang syok layan 100 plus. Walhal N ni punya la tak suka air bergas.

Tadi masa beli N siap cek lagi kandungan bahan-bahan. Memang betul la dalam blog yang N baca siang tadi ada bagitau yang 100 plus ni bukan lagi air isotonik bila beberapa bahan takder dalam air tu.

Ada tiga bahan iaitu Sodium Chloride, Pottasium Phosphate dan juga Calcium Phosphate. Yang N beli 100 plus original maksudnya yang takder perisa. Sempat juga N bandingkan dengan 100 plus jenis-jenis lain. Terutamanya yang berperisa lemon tu kalau tak silap, memang takder tiga bahan tu.

Nak tahu penerangan pasal bahan-bahan ni boleh cari link yang N letak dalam entry Minuman Isotonik dan demam. N ni pun baca-baca je dari blog lain. Taklah pakar pasal bahan-bahan :D

Slot Drama Aku Isterinya TV3 bakal berakhir

Semalam masa tengah syok tengok Slot Drama Aku Isterinya TV3, mertua kata esok last.. Maksudnya hari ni la episod terakhir .. Betul ke?

Slot Drama Aku Isterinya TV3

Haa untuk kepastian N dah jenguk jawapannya dari blog cik akak.. Katanya hari ni memang last episod. Jadi N memang kena balik awal untuk tengok episod 28 ataupun terakhir  Slot Drama Aku Isterinya TV3.

Elok la tak banyak sangat episod. Kalau banyak episod memang haru nak tengok cerita tu meleret-leret sampai mengarut-ngarut macam hcerita sinetron bawang putih bawang merah tu. Huhu.. Masa mula-mula tengok tu memang layan tapi bila dah nak last-last tu macam mengarut pula.


Bukan niat nak tengok cerita tu sampai habis sebab best tapi saja nak tengok sebab nak tahu ending dia. Ye la bila dah tengok banyak episod mesti la nak tahu penghujung dia.. Chehhh rasa macam sengal pula tengok sampai habis. Memang bukan-bukan betul cerita ni. Lagi-lagi bila dah sampai epidod terakhir..

Kelakar betul, ada pari-pari pun tak boleh guna juga. Kalau Ultraman tu boleh terima lagi, bila lampu kat dada dia blink blink maksudnya energy dah berkurang sebab Ultraman ni pun manusia biasa yang ada kuasa luar biasa.

Tapi pari-pari kan makhluk istimewa.. huhu

Minuman Isotonik dan demam

Teruk betul la keadaan N bila tengah selsema ni. Kepala pun rasa sedikit berat. Macam nak demam pun ada. Kejap lagi N nak keluarkan g Giant or Hero nak beli air isotonik. Ramai yang kata kalau demam elok minum air isotonik untuk memberi tenaga.

N ni memang tak suka air bergas. Tapi bila dah start batuk N suka nak beli air Coke dengan harapan lendir-lendir dan hingus zapppp disapu bersih oleh minuman yang bergas kuat tu. Dan bila demam pula N beli 100 Plus

Tapi N baru google tadi, ada yang kata 100 plus bukan lagi minuman isotonik. N baca kat blog ni. Jadi kejap lagi bila nak beli N nak tengok dulu Ingredient dia. Kalau ada ingrediant yang takder, N akan berlalih kepada air isotonik yang lain.

McD Hello Kitty Circus of life Promotion

Salam semua. Sekarang ni McD Hello Kitty Circus of life Promotion rajin betul merayap-rayap kat mana-mana blog. Sebelum ni tak ambil perhatian sangat tapi hari ni baru lah N baca betul-betul pasal McD Hello Kitty Circus of life Promotion ni. Barulah N tahu yang Hello Kitty ni promo untuk produk Mcd.

McD Hello Kitty Circus of life Promotion

Ingatkan ada orang dari oversea nak datang Malaysia buat circus :P. Untuk peminat Hello Kitty bolehlah dapatkan nya di Mcd dengan sebarang belian :D Bila cakap pasal Mcd di waktu pagi macam ni teringat pula Sausage McMuffin with egg.

Mcd Sausage McMuffin with egg

Kat atas ni coupon promotion Hari Isnin bertarikh semalam. Dah expires ar. Haa murah kan. Tak silap N setiap hari Isnin Mcd akan offer harga murah macam kat atar ni. Muffinnya yang lembut dimakan bersama dengan chicken patty dan telur. Woww. Memang marveles. Dah lama tak pekena.. Terliukk pula

Monday, May 19, 2014

Slot Akasia Aku Isterinya berakhir minggu ni..

Beberapa hari yang lepas, mertua cakap Cerita Slot Akasia Aku Isterinya yang ditayangkan kat TV3 sekarang ni akan berakhir dalam minggu ni sebab dalam iklan dah ada cerita baru.


Uhhh.. tak sabarnya nak tengok balik kerja kejap lagi. N akan pastikan yang minggu ni N akan tumpukan perhatian. Kalau tak rugi wooo


Anyway, pada sesiapa yang tak dapat nak tengok Cerita Slot Akasia Aku Isterinya secara LIVE kat TV3 bolehlah buka TONTON, tengok online. Mudah kan sekarang ni. Segalanya di hujung jari :D

My Top Commentators sudah pulih

Tengok la Kapas Putih punya top commentators . Dah pulih seperti yang sepatutnya. Masa first time letak top commentators bulan lepas, widget ni jadi tak betul. Ada dua blogger yang tersenarai dua kali. Tapi N abaikan dan biar ia pulih sendiri walaupun dalam kepala ligat nak cari jalan penyelesaian. Tapi oleh kerana tak reti sangat pasal coding-coding terpaksa biarkan aje dengan harapan akan pulih sendiri.

Top commentators Kapas Putih

Bila widget top commentators ni dah pulih tak payah nak fikir apa dah.. Hilang masalah.. Vanish in the air..

Cerita pasal Vanish ni teringat pula iklan Nuffnang Vanish Power Q yang tengah menggatal kat Blog Kapas Putih. Dulu husband N ada guna untuk hilangkan kesan kotor bontot kuali atas baju chef.

Vanish Power Q Nuffnang Kapas Putih

Tuala wanita Whisper ni pun sama, tengah geli-geli kat blog Kapas Putih. Bilalah agaknya nak geli-geli kat CPUV Kapas Putih yaa??

Whisper every woman needs Nuffnang Kapas Putih

Last but not least thanks for all of your support towards Kapas Putih Blog. Janganlah jemu untuk singgah dan tinggalkan komen secubit dua.. InsyaAllah N pun akan kunjung blog you all :D

Colours of 1Malaysia : May 2014 Event

Colour of 1Malaysia
25th May 2014
Dataran Merdeka, KL

Colours of 1Malaysia : May 2014 Event

Event Colours of 1Malaysia ni bakal diadakan di Dataran Merdeka dengan menyediakan persembahan tradisional dan juga pameran kebudayaan.

N tak ingat sebelum ni N pernah pergi ataupun tak. Rasanya macm tak sebab tak pernah ada gambar pun kat sana.

Sumber dan gambar N amik dari:
Tourism Malaysia tulis event ni diadakan pada 25 May 2014 tapi
Malaysia traveller pula tulis 24 dan 25 May 2014

Sunday, May 18, 2014

Ibubapa kreatif - Corong paip kanak-kanak

Sebelum ni N ada buat entry corong paip mesra kanak-kanak. Tapi corong tu kena beli. Jadi sekarang ni N nak tunjuk corong paip mesra kanak-kanak yang dibuat sendiri.


Untuk buat corong mesra kanak-kanak ni you all boleh guna apa-apa saja produk berbentuk botol yang telah habis. Contohnya botol syampoo takpun botol losyen.


Corong buatan sendiri ni sangat kreatif dan menjimatkan. Gunakan barang terbuang dan juga tenaga :D


Klik link kat atas untuk tengok tutorial.


Tutorial kat atas ni pun boleh guna pakai.

Cheesekut = Cheese + Biskut

Pagi-pagi ni saja nak tayang Cheesekut yang N dan mama buat sebelum ni. Setakat ni dah tiga kali juga N buat. Seronok dan sedap.


Siap suggest kat kawan suruh buat. Ingatkan N yang lambat tahu pasal Cheesekut ni, rupa-rupanya ada kawan N yang lain pun tak tahu juga.


Pertama kali rasa cheesekut ni masa kat Ipoh rumah adik ipar. Dia yang buat, excited nak bagi kami rasa. Lepas dah tahu macam mana nak buat, balik je rumah mentua dan N cuba buat. Pastu hidang kat tetamu masa birthday asyraf yang ke dua.

Licin.. buat pun satu loyang je. Balik rumah Mama, N dengan mama pula buat. Best...

You all tak terasa nak buat ke? Jom la buat sendiri kat rumah. Senang je, tak payah nak bakar ataupun masak. Untuk kawan N hari tu N suruh dia tengok resipe dalam blog cik epal je. Memandangkan tuto Cheesekut cik epal sangat lengkap N malaslah nak buat tuto kat sini. Kalau you all nak buat masuk blog cik epal ni.

Saturday, May 17, 2014

Serai Restaurant

Salam Sabtu you all. Cuti-cuti ni pergi mana yaa.. Jom pekena Restoran Serai.

Nasi Goreng Kampung + keropok ikan + timun + satay ayam 2 batang + carrot timun jeruk

Serai Restaurant Paradigm

Gambar kat atas ni Nasi Goreng Kampung siap ada dua batang satay ayam. Sedap sehingga menjilat pinggan.. Nyumnyum.. Haruslah jilat pinggan kalau tak rugi, harga sepinggan pun RM20++.

N boleh melopong je bila tengok harga kat menu sambil telan-telan air liur. Tetiba je terus kenyang. Jangan pelik ya you all, N ni memang jarang-jarang makan kat tempat yang mahal-mahal. Ni pun pergi dengan parents. Kebetulan diaorang lalu kat tempat kerja, terus diangkutnya N ke Paradigm untuk lunch.

Dalam kepala otak dah berlegar-legar jenis-jenis restoran yang ada kat sana.. Dah tentulah semuanya $$$$$ kecuali fast food burger king yang N selalu attack. Sekali makan RM6.35 sen aje. Siap set air, fries dan burger lagi. Boleh je kenyang sampai tak larat nak bangun.. huhu

Tapi parents N memang jenis tak kisah makan kat mana. Dan Serai tu salah satu restoran favourite mereka. Kalau nak tunggu N pergi sendiri memang taklah jawabnya.. Suasana kat dalam restoran ni memang best. Deco pun cantik. Memang sesuai sangat dengan harga..

Kalau you all rasa nak memanjakan diri bolehlah pergi Restoran Serai ni. Tak silap N kat tempat lain pun ada cawangan restoran Serai ni.. Cubulah google ye.. Makanan jangan risau, sebab rasanya tip top meletop kebaboom poket.. hehe

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru Semua..

Di kesempatan ini N takmo lepaskan peluang untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik seluruh dunia.

Apa itu Hari Guru??

Adakah you all semua faham apakah itu Hari Guru. Hari Guru merupakan satu hari yang dikhaskan untuk menghargai segala jasa-jasa dan pengorbanan para-para pendidik. Pada hari tersebut juga ramailah pelajar-pelajar yang akan bagi kad dan juga hadiah kepada guru mereka.

Sedari N sekolah rendah sehinggalah masuk ke Universiti, para pendidik yang mendidik N silih berganti. Ramai tak terkira dan banyak betul pengorbanan yang diberikan oleh mereka untuk mendidik N.

N nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua para pendidik yang pernah mengajar ataupun tidak pernah mengajar N. Andalah pencetus kepada perkembangan pendidikan negara.

Siapakah Guru N??

N ada ramai guru dalam kehidupan N dari kecil sampailah besar. Kenapa N letak title selamat hari guru semua?? Kenapa ye? Sebabnya pada N, Hari Guru bukan saja hanya untuk guru di sekolah. Ibu bapa, mama papa, rakan-rakan, pakcik makcik,  blogger-blogger, kakak abang atau sesiapa sahaja yang mendidik dan mengajar, tak kira la ilmu yang diberi tu kecil mahupun besar semua N anggap sebagai guru.

Selamat Hari Guru you all..

Mr Nuffnang dan iklan-iklannya

Sekarang ni seronok je iklan-iklan ni berenang-renang kat dalam blog N. Setiap kali buka je nuffnang dalam hati ni ada satu harapan. Minta-minta la ada lekat iklan kat campaign Nuffnang N. Kalau dapat misteri pun ok la.

Bilalah iklan-iklan kat bawah ni nak bertandang kat campaign Nuffnang N ye :D


This ad is very informative which explain about Rotavirus Diarrhoea. Those of you who have child 2-3 years old, you better read this.


Downy.. Im not using this product but one of the laundry wash that i am using right now have a combination of liquid wash + Downy = Dynamo with Downy softener. The smell extremely good.


This cute Oreo Better Together still lepaking in my campaign.. Ouhhh I love it. Both of it, the campaign and the Oreo.


Haa makcik Libresse ni rajin juga bertandang kebelakangan ni. Who are in the mood of planning for searching for a new job. You better get the interview info here. Seroiusly it will help you a lot.


Nestum.. produk ni memang dari dulu lagi N suka. Boleh buat macam-macam produk guna nestum. Boleh bancuh untuk kenyangkan perut, boleh buat cookies kuih raya dan nak buat Cheesekut pun boleh..