About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, April 17, 2014

Ubat gigi berflorida bahaya

Adakah you all merupakan pengguna ubat gigi berflorida? Ataupun tak tahu apakah itu florida.. Okay, kalau tak tahu takper, jangan risau jangan malu sebab masih ramai orang kat luar sana tak tahu apakah itu florida.
Sebenarnya daripada definisi florida tu sendiri boleh membuatkan orang ramai sedar akan keburukan ubat gigi berflorida.

Apa itu florida?

Florida ialah sisa keluaran industri baja. Ia adalah sejenis racun tikus yang digunakan dalam industri sebagai racun serangga (semut dan lipas). Walaupun tertelan sedikit, ianya sangat bahaya sebab florida ni racun tersembunyi, bertoksik dan mampu berkumpul.

Mengapa florida merbahaya?

Florida di anggap sebagai ubat baru yang tidak diluluskan oleh Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) kerana takder bukti mengenai keselamatan, keberkesanan dan mempunyai kadar keracunan yang tinggi.

Dalam kajian menunjukkan purata orang memberus gigi akan menggunakan sebanyak 1 gram iaitu sukatan yang disarankan tetapi akan menelan antara 0.3 - 0.4 mg setiap kali memberus gigi. Maskudnya hampir separuh kadar harian florida. Banyakkan??

Mengapa kita tak perlukan florida pada ubat gigi?
Sebenarnya tanpa kita sedar dalam makanan pun dah ada dos florida yang cukup untuk seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia dah tambah florida dalam sistem bekalan air, jadi setiap titis air yang digunakan untuk minum dan makan menyumbang kepada penambahan florida. Sayur pun ada florida disebabkan racun serangga. Selain tu tulang ikan macam ikan bilis dan sardin.

Florida ni sangat bahaya kerana mampu menyebabkan kematian, kanser, ruam kulit, luka kanser, kelunturan warna gigi, gastrik, kerapuhan tulang, keracunan saraf, kanser tulang, keretakan tulang, penyabab kekurangan IQ, merangsang masalah buah pinggang.

Bahaya kepada kanak-kanak?
Dah tentu la bahaya sebab florida mampu meresap menerusi gusi. Kalau orang dewasa pun boleh tertelan florida masa gosok gigi apatah lagi kanak-kanak. Lagi banyak diaorang telan ada lah.. Tambah penyakit lagi.. huhu

Amaran produk berflorida

3 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D